Bayaran Tempahan (Booking Fee)
Tempahan mesti disertakan dengan booking fee sebanyak RM50.00.
Tempahan akan dilayan mengikut first come first serve basis. Tempahan bersama booking fee akan direkodkan terlebih dahulu.
Segala pembatalan mestilah diberitahu 48 jam sebelum tarikh tempahan. Kami berhak untuk mengambil 50% atau keseluruhan booking fee untuk pembatalan kurang daripada 48 jam.
Bayaran Penghantaran dan Pengambilan
Penghantaran dan pengambilan di dalam 10 KM radius akan dikenakan RM15 per trip. Penghantaran dan pengambilan melebihi 10KM dikenakan caj MYR2.00 / KM. Penyewa akan diberitahu mengenai caj tambahan untuk penghantaran dan pengambilan.
Caj tambahan MYR15.00 setiap perjalanan untuk penghantaran dan pengambilan sebelum 08:00 dan selepas 17:00.
Penghantaran ke KLIA (T1 & T2) dikenakan RM70 per trip.
Umur Pemandu Dan Keperluan Lesen
Pemandu mestilah berumur antara 23 dan 65 tahun. Pemandu yang berumur di bawah 23 tahun dan sudah bekerja dibenarkan menyewa. Manakala jika berumur bawah 23 tahun dan masih belajar, dibenarkan menyewa dengan kebenaran ibu/bapa (nombor telefon ibu/bapa yang masih aktif perlu diberikan kepada kami).
Warganegara asing yang mempunyai lesen memandu yang sah dari negara asal dibenarkan untuk menyewa.
Pemegang lesen percubaan dibenarkan untuk menyewa tertakluk kepada pengalaman memandu dan juga budi bicara. Destinasi yang dituju adalah terhad sekitar Lembah Klang sahaja.
Sewa Minimum
Sewa minimum adalah sehari (24 jam). Tambahan melebihi 12 jam dikira kadar sehari penuh. Sewaan untuk destinasi merentasi luar Lembah Klang/Inter-state diwajibkan minimum selama 2 hari.
Polisi Jarak & Destinasi
Jarak percuma ialah 300km sehari. Tambahan jarak dikenakan cas sebanyak RM0.50 sen per km.
Penyewa mesti mengisytiharkan destinasi yang dituju dengan betul. Sebarang perubahan destinasi mesti dimaklumkan kepada kami.
Pengambilan Kenderaan
Sila kemukakan softcopy (pdf atau jpeg) kad pengenalan/pasport, lesen memandu, bil utility/lesen perniagaan atau dokumen yang berkaitan untuk pengesahan alamat pejabat/rumah anda.
Semasa mengambil kenderaan, penyewa dikehendaki memeriksa sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kenderaan. Jika penyewa terjumpa sebarang kerosakan atau kehilangan alatan sebelum mengambil kenderaan, sila laporkan kepada kakitangan kami dengan segera. Segala kerosakan atau kehilangan alatan yang tidak diberitahu sebelumnya akan dianggap dibawah tanggungjawab penyewa.
Sila pastikan odomoter dan fuel level direkodkan sebelum memulakan perjalanan.
Insuran & Imbuhan
Semua kenderaan diinsurankan sepenuhnya dengan polisi kenderaan bermotor standard. Walaubagaimanapun, penyewa bertanggungjawab untuk imbuhan tidak melebihi MYR4,000 (Kumpulan A), MYR6,000 (Kumpulan B), MYR10,000 (Kumpulan C) dan MYR20,000 (Kumpulan D) jika terjadi apa-apa (kerosakan) kepada kenderaan tersebut. Kegagalan membayar imbuhan ini akan menyebabkan nama anda disenaraikan di dalam rekod CTOS.
Semua insuran tidak terpakai untuk kerosakan atau kehilangan akibat tindakan cuai, kelalaian, menyalahi undang-undang atau menyalahgunakan kenderaan itu. Insuran dan imbuhan juga tidak melibatkan tayar pancit, tayar pecah, kerosakan bahan api, kerosakan bateri akibat terlupa menutup peralatan elektrik dan kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan.
Kemalangan atau kerosakan hanya terpakai untuk pelanggaran antara dua objek bergerak. Segala kerosakan sewaktu pegun/berhenti walau di mana kenderaan itu berada adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya dan tertakluk kepada imbuhan seperti yang dinyatakan di atas.
Kerosakan yang melibatkan pihak ketiga, penyewa dikehendaki mendapatkan maklumat pemandu pihak ketiga seperti nama pemandu, Kad pengenalan/pasport, lesen memandu dan nombor pendaftaran kenderaan. Jika tuntutan tidak dapat dibuat pada insurans pihak ketiga, segala kerosakan adalah di bawah tanggungjawab penyewa dan tertakluk kepada imbuhan atau imbuhan perlindungan seperti yang dinyatakan di atas.
Penyewa diingatkan setiap masa kerosakan luaran dan dalaman adalah atas risiko mereka sendiri . Semua insuran akan terbatal jika kenderaan dipandu di atas jalan yang tidak rata atau belum dibuat.
Penyewa haruslah menghubungi wakil kami untuk memberitahu jika ada kemalangan atau kecurian kereta sebelum membuat laporan polis.
Laporan polis mestilah dibuat dalam masa 24 jam selepas kemalangan atau dari waktu anda tahu ada kecurian atau kehilangan. Laporan polis harus dibuat secara bertulis.
Deposit Sekuriti
Deposit Sekuriti dikenakan tidak melebihi MYR100 (Kumpulan A), MYR200 (Kumpulan B), MYR300 (Kumpulan C) dan MYR500 (Kumpulan D).
Deposit Sekuriti akan dipulangkan selewat-lewatnya 24 jam selepas kereta dipulangkan.
Penalti
Merokok adalah dilarang dalam kereta. Deposit Sekuriti tidak akan dipulangkan jika didapati penyewa merokok di dalam kereta.
Segala saman trafik/parking (jika ada) adalah dibawah tanggungjawab penyewa. Penalti MYR300 akan dicaj jika penyewa gagal membayar saman dalam tempoh waktu yang ditetapkan selepas kami menghantar notis. Kegagalan membayar penalti ini akan menyebabkan nama anda disenaraikan di dalam rekod CTOS.
Sebarang perubahan destinasi tanpa makluman akan menyebabkan deposit sekuriti tidak dipulangkan.
Jika kenderaan dipulangkan dalam keadaan yang teramat kotor (cth: kesan selut pada tayar, tahi burung pada bumbung), cas pembersihan akan dikenakan dan akan diambil dari deposit sekuriti.
Untuk sewa jangka masa panjang, penyewa bertanggungjawab untuk menghantar kereta kepada syarikat atau ke bengkel terdekat jika kereta sudah sampai tempoh untuk diservis. Kami berhak untuk caj penalti MYR1.00 setiap KM selepas melebihi had servis 500 KM. Cas servis ditanggung oleh syarikat.
Untuk sewa jangka masa panjang, bayaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum penyambungan dibuat. Kereta akan diambil tanpa notis jika bayaran tidak diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Had Laju
Had laju lebuh raya di Malaysia adalah 110 KM/jam, manakala jalan biasa adalah 90 KM/jam. Sila memandu berhati-hati dan patuhi arahan trafik.
Pemulangan Kenderaan
Sila maklumkan kami jika anda mahu pulangkan atau menyambung sewa. Pemulangan lewat akan dikenakan cas tambahan tidak melebihi MYR20/jam (Kumpulan A), MYR50/jam (Kumpulan B), MYR70/jam (Kumpulan C) dan MYR100/jam (Kumpulan D).
Untuk penyambungan sewa, bayaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk penyambungan.
Sekiranya berlaku pemulangan awal atau sebelum tempoh perjanjian sewa tamat, penyewa tidak berhak untuk menuntut apa-apa atau sebahagian daripada caj.
0139592044
afwajatrading@gmail.com
Cyberjaya
Open Everyday 8:30 AM – 10:00 PM